TUDUNG & BENTUK WAJAH
Pernahkah anda mengalami situasi apabila anda ingin menggayakan tudung yang baru dibeli,tetapi tudung tersebut tidak sesuai dengan bentuk wajah anda.Tip kali ini membantu anda untuk bijak memilih jenis tudung mengikut bentuk wajah anda,malah ia tidak akan kelihatan serabut dan kurang kemas.
~OVAL Alangkah beruntungnya mereka yang mempunyai bentuk wajah seperti ini.Bukan sahaja bentuknya lengkap,malah sesuai digayakan apa jua jenis tudung sama ada tudung jenis awning mahupun selendang.Jadi,mereka ini hanya perlu menitikberatkan dari sudut warnanya sahaja agar sesuai dengan warna kulit mereka.
~BULAT Wajah yang bentuk bulat ini ada dua jenis iaitu kecil dan agak lebar.Jika berwajah bulat dan lebar,tudung awning sesuai potongan tepinya melepasi tulang pipi bagi menutup kelebaran bentuk wajah.Berbeza pula bagi berwajah bulat namun kecil.Anda juga sesuai menggayakan selendang dengan bentuk zig-zak di dahi.Lebih menampilkan wajah kelihatan bujur.Apa yang penting,kelebihan mereka yang berwajah bulat ini,sangat sesuai menggayakan selendang dengan diiringi inner yang sedikit berbentuk pada muka.
~PANJANG Bagi mereka yang berwajah panjang,jika anda bijak menyembunyikan kelemahan tersebut,orang akan menyangka anda berwajah bujur.Bagaimana? Bahagian atas tudung memainkan peranan yang sangat penting bagi menukar bentuk wajah panjang anda.Cara paling mudah adalah dengan memakai tudung yang melekap dan menutupi dahi.Pastikan anda tidak menutup pipi anda kerana pipi memainkan peranan penting untuk memmbuat ilusi wajah tidak terlalu panjang.
~PETAK Mereka yang berwajah petak biasanya lebih lebar diantara pangkal rahang dan tulang rahang.Ia akan kelihatan menonjol dan bahagian dagu agak rata.Sangat tidak sesuai untuk memakai selendang atau tudung yang ke belakang dan menampakkan sepenuhnya ciri wajah anda.Pilih pilih selendang atau tudung yang mampu menutupi bahagian tulang dan pipi anda.Jika anda seorang yang gemar memakai selendang,untuk lebih selesa gunakan inner neck yang menutupi bawah dagu.Inner neck seperti ini sesuai dengan anda.Secara mudahnya,anda tidak perlu memakai selendang atau tudung dengan gaya yang perlu menutupi dagu anda.
^ MUTIARA KATA ^
"SEMAKIN HEBAT SEORANG WANITA MENCANTIKKAN
RUPA WAJAHNYA,SEMAKIN KURANGLAH DIA MENCANTIKKAN
RUMAHNYA."
Comments
Post a Comment