Posts

Showing posts from 2016

TUTORIAL COLESLOW

Image
Gambar oral Shaa haritu.. Buat coleslow

Coleslow

Image
Ni haa gambar coleslow yang saya bagi resepi tu 😘 nampak sedap?? Cubalah resepi saya.. Kalau nak ubah pon boleh.. # cubalahrasa.com 👍

RED VELVED MUFFIN

Image
red velvet muffin Bahan Bahan (6 biji muffin sederhana saiz) 125g (1/2 cup) tepung naik sendiri 75g (1/3 cup) minyak masak 75 g (1/3 cup) air susu 75g( 1/3 cup) gula 1 biji telur B 1 sudu teh serbuk koko 1 sudu teh pewarna merah Sedikit chocolate chips - tabur Cara Cara Kacau sebati minyak, susu, gula, dan telur. Masukkan sedikit demi sedikit tepung dan serbuk koko, kacau sebati dengan menggunakan spatula sehingga tidak bergentel. Masukkan perwarna last sekali. Kacau sebati. Masukkan ke dalam paper cup sebanyak 3/4 penuh. Tabur chocolate chips di atasnya. Bakar pada suhu 180C selama 30 minit atau sehingga masak. ENJOY!!! Shaa share je dari blog sebelah...just untuk semua... SELAMAT MENCUBA !!

COLESLOW ALA-ALA KFC

COLESLOW ALA-ALA KFC Bahan-Bahan: ·          1/4 bahagian sayur kobis, dihiris atau cincang kasar ·          4-5 sudu besar mayonis ·          2 sudu besar jus lemon ·          1 batang lobak merah, parut kasar ·          1/4 cawan susu ·          1 sudu besar gula putih ·          sedikit garam ·          sedikit serbuk lada hitam Cara Penyediaan: 1.     Di dalam mangkuk, campurkan jus lemon, mayonis, garam, gula dan susu. Kacau sebati. 2.     Kemudian masukkan kobis yang dicincang kasar dan juga parutan karot. Taburkan serbuk lada hitam dan gaulkan sehingga semua bahan sekata. Jika coleslaw masih kering tambahkan sedi...

DEMAM RAYA 2016

Image
Shaa ingat lagi time nak raya haritu...sadis weyhh!!boleh dikatakan 24jam membaking. Boleh tahan la order yang kiteorang amik..antaranya biskut tart tulip,biskut bangkit cheese,biskut dahlia choc & biskut dahlia classic. Itulah impian Shaa.Nak jadi seorang businesswoman bukannya senang.Ini baru permulaan atau senang kata langkah pertama. #demamraya #akusuka

CARA BUAT MAYONIS HOMEMADE

Image
Bahan Bahan 1 tsp cuka 1 tsp gula 1 tsp air 1/2 tsp jus limau 1/2 tsp salt biji sawi/lada hitam-optional 3 biji kuning telur* 1/2 cawan minyak masak* Cara Cara Dalam bekas kecilkan masukkan kesemua bahan dan gaul sebati kecuali bahan bertanda *. Kemudian masukkan kuning telur dalam blender, dan kisar sehingga kembang, masukkan gaulan air tadi bersama minyak masak sedikit demi sedikit. Kisar lagi sehingga betul betul kembang. SIAP!!! FROM BLOG SEBELAH : @ ! acuyuhan.blogspot.com

OPPA

Image
MY OPPA lee seung gi hensem kan? Cintaku terpaut pada hatimu! HAHAHAHAHA...Ade hati konon! #PEMINATKOREAN

MULIANYA SEORANG IBU

Image
Gelaran ibu sememangnya MULIA disisi Allah..Watak ibu banyak cabaran dan rintangan.. Untuk ibu-ibu yang sedang hamil,doa-doa ini sangat baik untuk anak yang berada dalam kandungan tu... Agar anak itu menjadi anak yang baik #untukanakjadihebat #khasuntukdia

RESEPI SALAD BUAH SIMPLE DAN SEDAP

Image
Resepi Salad Buah Simple Dan Sedap  | Assalamualaikum.. Sebenarnya ni resepi dari blog sebelah.. Saje copypaste. Sha nak share sikit... Almaklumlah,esok or lusa Sha nak present resepi ni dalam versi English.So,kene la prepare awal.Alang-alang menyeluk pekasam,biarlah sampai ke pangkal lengan...Puhhh!!berperibahasalah kita!hahaha... Menu simple salad buah dihidangkan sebagai pencuci mulut. Tak pernah buat salad buah ni. Tapi jadi favourite juga dulu kala. Tu yang gagah nak buat.. Bahan-bahan - Buah-buahan (oren, epal hijau dan merah, strawberry dan kiwi) - Mayonis sos salad buah-buahan - Yogurt Nestle Original - Salad - Lada hitam Potong dadu buah-buah tu. Ambik bekas, letakkan terlebih dahulu mayonis, yogurt dan lada hitam sikit . Sebatikan. Lepas tu baru masukkan kesemua buah-buah yang dipotong tadi ke dalam bekas dan gaul sehingga rata. Yeahh siap juga... Mesti sedap kan bila dah siap nanti...Nyam nyammm! I'm finished !! #hastagsayasuka #resepimudah...

MAKANAN SIHAT

Image
Topik kita pada hari ini ialah tentang MAKANAN SIHAT... Makanan sihat tak semestinya hanya sayur dan buah-buahan sahaja... Tidak perlu berdiet ..Tetapi hanya mengamalkan makanan yang sihat dan seimbang... Itu pun sudah memadai.. Banyak kebaikan dan khasiat makanan yang seimbang ni.. SAYUR BAYAM - mencegah anemia dan menambah tenaga... SAYUR BROKOLI - melambatkan penuaan kulit dan mencegah sembelit... SAYUR SALAD - bertindak menenangkan fikiran,mengandungi karotin,serat dan air yang dapat menghilangkan dahaga dan melancarkan sistem pernafasan. Itu je lah yang Shaa tahu pasal sayur...Habis dah cite pasal sayur..Kita nak masuk bab buah pulak.. BUAH STRAWBERI - menstabilkan tekanan darah - menguatkan sistem imunisasi badan - melawan kolestrol BUAH PISANG - memberi tenaga segera - menurunkan tekanan darah - bagus untuk otak BUAH EPAL - menjaga kesihatan tulang - melindungi dari penyakit kanser - membantu mengurangkan berat badan Okeyy lah..Itu je yang Shaa nak share dengan korang..Sekian...

SAHABAT

Image
SAHABAT sejati TIADA ganti... Shaa ada sahabat yang paling Shaa sayang..Kiteorang ada buat group..Namannya SyaHfAzSyaFea..Sama macam nama blog Shaa ni.. Aleen,Ummi,Afifah,Syamin dan Shaa..Nama kat atas tu gabungan nama kiteorg... "kawan biar seribu,musuh biar satu".. Shaa suka ayat tu..Itu menunjukkan yang kita perlu ada ramai kawan..Biar tak ramai musuh,asalkan ramai kawan...Sebab musuh sangat tidak elok utk seseorang...Tapi kawan Shaa tak ramai pun..And Shaa sayang mereka semua macam keluarga sendiri. Ini je yang Shaa nak share pasal sahabat Shaa..Okeyy ByeBye..

CINTA DARI ALLAH

Image
cantikkan love-love ni?? Shaa suka tengok love-love ni..nampak cantik je mata memandang.Warna warni.. Sesungguhnya cinta hadir dengan keizinan Allah..Korang dah ada pasangan??Bagus lah yang dah ada pasangan HALAL.Heheehe..Shaa??Shaa belum lagi...Belajar pun tak habis lagi.. Jadilah yang terbaik utk pasangan masing2..supaya dia sentiasa menyayangi kita dan sentiasa bersama kita susah dan senang... Okeyy lah..itu je Shaa cakap pasal pasangan korang ni..Ada masa Shaa tulis blog lagi ok..

SECRET RECIPE CHOCOLATE FUDGE

Image
SECRET RECIPE CHOCOLATE FUDGE... Satu kek yang terkenal dan pastinya dijamin enak...Harganya berpatutan dengan rasanya... Ianya adalah satu daripada kegemaran saya...saya langsung tak jemu menjamah kek coklat walaupun perlu memakannya hari-hari. # SAYA SUKA SAYA SUKA !!

PRANK YANG TAK JADI !!

Image
PRANK YANG TAK JADI !! sedih sangat bila prank yang aku buat tu membuatkan orang itu marah padaku... tak tahu mcm mne nk pujuk dia.. kehilangan idea !! Ya Allah.. kau kuatkanlah hati aku untuk memujuknya.. aku tahu aku salah.. tolonglah maafkan aku wahai classmate yang marahkan aku.. bagaimanakah lagi aku mahu meminta maaf pada mu? cuba katakan padaku.. aku tak sangka yang kau panas baran.. kau telah baik padaku.. # HUHUHU

CABARAN HIDUP

KEHIDUPAN INI... hidup ini penuh dengan pilihan, apapun pilihanmu,pastikan bahawa itu yang terbaik.. jangan pernah sesali dengan apa yang telah kamu pilih adakalanya kita terpaksa memilih dan adakalanya pilihan itu tidak sesuai buat kita antara Pilihan dan Paksaan Tuhan yang tentukan kerana Tuhan tahu apa yang tebaik buat kita terimalah dengan hati terbuka # hidup penuh cabaran

LITERATURE POEM FORM 4

DAD Dad is the dancing-man The laughing-bear,the prickle-chin, The tickle-fingers,jungle roars Bucking bronco,rocking-horse, The helicopter roundabout The beat-the-wind at swing-and-shout Goal-post,scarey-ghost Climbing-Jack,humpty-back. But something he's A go-away-please! A snorey-snarl,a sprawly-slump A yawn mouth ,a sleeping lump, A and I'm like a kite without a string Waiting for Dad to dance again - Berlie Doherty -

TENTANG LELAKI

TENTANG LELAKI... kalau kita layan dia dengan baik, dia kata kita jatuh cinta padanya.. kalau kita tak layan dia, dia kata kita ni sombong... kalau kita mungkir janji, dia cakap kita ni tak boleh dipercayai.. kalau dia mungkir janji, dia kata dia terpaksa buat begitu.. kalau dia sakitkan hati kita, dia kata kita ni kejam.. kalau dia sakitkan hati kita, dia kata kita ni sensetif sangat.. kalau kita tak cintakan dia, dia paksa kita untuk mencintai dia.. kalau kit cintakan dia, dia akan cuba tinggalkan kita.. # sayang? ofcourse tak lah..

TATKALA HATI MERINTIH

sedihnya aku kala ini merintih pedih menahan perit hatiku yang retak menanti belah kau takkan pernah merasainya hatiku yang kau robek sakit tak terperi sakit menusuk kalbu tatkala merinduimu aku hanya manusia biasa yang hanya mengharap Allah mendengar rintihanku waktu ini aku tak sehebat Siti Khadijah aku tak seindah Maryam aku tak semulia Sumaiyyah namun aku tetap aku # ingatlah..Allah selalu ada disisimu

BELAJAR DARI KESILAPAN

.. kamu harus melupakan dan belajar dari masa lalu supaya tidak jatuh ke lubang yang sama.. # LIFE for STUDY..

TABAHKAN HATIMU WAHAI WANITA

.. ketika kamu merasa hidupmu terlalu berat dan doamu belum terjawab, percayalah Tuhan sedang menguji kesabaran dan ketabahan mu.. kamu tidak perlu merisaukannya.. # hatiku tidaklah sekuat lelaki

NASIHAT

N A S I H A T  terkadang seseorang menasihatimu, bukan kerana dia bijak tetapi dia pernah mengalami masalah yang sama...

TIDAK AKAN MENYERAH !!

lupakan masa lalu.. jangan pernah menyerah !! jika kamu selalu menundukkan kepalamu, kamu tidak bole melihat apa yang kamu hampiri... # kuatkan semangat..SIS sado hehehe

KAU BAGAI UDARA-ost kau aku kita

LIRIK LAGU  KAU BAGAI UDARA-ost kau aku kita jantung berdegup laju  menangkis semua jawapan jika betul kau jemu terus teranglah dan berdepan susah untuk terima  keputusan dari bicara cuma satu ku pinta  cubalah fikirkan semula (korus) kau bagai udara bagiku dirimu ku perlu  didada sentiasa untuk bernafas pudar kiranya kau jauh dimata  sesat lah dijiwa  kerna kau yang ku cinta semua kesalahan tak bererti sedemikian bila marah menjelma yang benar pun menjadi salah ini baru sekali kesilapan ku sebegini aku layak terima diberi peluang berubah (korus) aku berjanji tak akan sia-siakan dirimu bukannya ingin mendedahkan kelemahan jauh dihatimu ku tahu masih tersimpan segala kenangan terindah segala perasaan cinta (korus)

STRUKTUR DAN FUNGSI OTAK

STRUKTUR dan FUNGSI  OTAK OTAK manusia o tak sebagai organ yang sangat istimewa dan berharga.Otak diletakkan di bahagian atas sekali dalam posisi tuduh manusia. KELEBIHAN OTAK di bahagian teratas = o tak itu mulia   maka diletakkan di tempat yang paling atas. Otak berada pada posisi paling selamat . Kedudukan sepasang mata untuk  mengawasi keselamatannya. Pada saat anggota lain seperti kaki atau tangan tidak mampu mengelak kecederaan yang mendatang,kepala mampu mengelak kerana mata berada di hadapanya dan telinga berada dikiri dan kanannya untuk mendengar sementara hidung juga berada di hadapanya untuk membaui marabahaya.

TUDUNG & BENTUK WAJAH

Image
 Pernahkah anda mengalami situasi apabila anda ingin menggayakan tudung yang baru dibeli,tetapi tudung tersebut tidak sesuai dengan bentuk wajah anda.Tip kali ini membantu anda untuk bijak memilih jenis tudung mengikut bentuk wajah anda,malah ia tidak akan kelihatan serabut dan kurang kemas. ~OVAL  Alangkah beruntungnya mereka yang mempunyai bentuk wajah seperti ini.Bukan sahaja bentuknya lengkap,malah sesuai digayakan apa jua jenis tudung sama ada tudung jenis awning  mahupun selendang.Jadi,mereka ini hanya perlu menitikberatkan dari sudut warnanya sahaja agar sesuai dengan warna kulit mereka. ~BULAT   Wajah yang bentuk bulat ini ada dua jenis iaitu kecil dan agak lebar.Jika berwajah bulat dan lebar,tudung awning sesuai potongan tepinya melepasi tulang pipi bagi menutup kelebaran bentuk wajah.Berbeza pula bagi berwajah bulat namun kecil.Anda juga sesuai menggayakan selendang dengan bentuk zig-zak  di dahi.Lebih menampilkan wajah kelihatan bujur.Apa...

I MISS YOU

Image
I MISS YOU... 3 perkataan yang membawa maksud yang sangat mendalam.Ia bermaksud 'saya rindukan awak'. Ini adalah salah satu perkataan yang saya suka.Rindu sebenarnya dari perasaan cinta.Saya ada satu puisi buat pembaca-pembaca sekalian... HATI YANG TERBELENGGU saat rindu menyesak didada terbungkus derita menyayat hati aku seperti kehabisan nafas habis oksigen kerana merindukanmu aku takut terbiasa dengan rasa ini membuat hati menjadi kebal rasa aku takut terbiasa dengan rindu ini membuat rasa hati jadi mati segenap hatiku menjaga agar pelita cinta tetap menyala tak kubiarkan redup walau sesaat semua ku lakukan hanya untuk mu adakah cinta tanpa mata? bebskanlah hati dari belenggu belenggu rindu kerana dirimu ========================== # i gonna miss someone walau sesaat ingin bertemu

SAHABAT

Image
Sahabat adalah kawan karib kita yang paling kita sayangi...so,jangan lah kita mensia-siakan kehadiranya dalam hidup kita.Mereka sangat berharga buat kita selain ibu bapa kita..."Air yang dicincang tidak akan putus" itu salah satu peribahasa yang bermaksud 'hari ini bergaduh,esok lusa berbaik semula'... # saya sayang BEST FRIEND SAYA !!